Members

Tuesday, August 11, 2009

OGOS BULAN MERDEKA





SEMPENA MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 52 , PIHAK SEKOLAH TELAH MENGANJURKAN BULAN KEMERDEKAAN UNTUK MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN U. DAN PELBAGAI AKTIVITI TELAH DIBUAT UNTUK PELAJAR TAHAP 1 DAN 2. OBJEKTIF PROGRAM INI DIBUAT IALAH UNTUK MENERAPKAN LAGI SEMANGAT KEBANGSAAN DIKALANGAN PELAJAR DAN GURU-GURU SEKOLAH. DIANTARA AKTIVITI-AKTIVITI TERSEBUT IAITU.

1. PERTANDINGAN MELUKIS DAN MEWARNA ( TAHAP 1)
2. MENCIPTA LOGO HARI KEMERDEKAAN ( TAHAP 2)
3. PERTANDINGAN LAGU PATRIOTIK SETIAP KELAS
4. MENDEKLAMASI SAJAK

Tuesday, August 4, 2009

Bulan Akademik










Bulan JUlai telah diadakan bulan Akademik untuk pelajar tahap 1 dan 2, pelbagai aktiviti telah di buat untuk menarik minat pelajar disamping itu meningkatkan tahap daya kreativiti pelajar. Semua pelajar telah mengambil bahagian disetiap aktiviti. Objektif bulan akademik ini adalah untuk memantapkan mental para pelajar serta merehatkan minda sebelum menghadapi peperiksaan.

Wednesday, July 29, 2009

SEJARAH SRK LOKYUK TAMALANG

Sekolah ini dibina pada tahun 1933. Pada asalnya bangunan sekolah ini didirikan di suatu kawasan kebun kelapa di batu 7.6 Kampung Tamalang. Pada masa itu, sekolah ini diberi nama Sekolah Yong Chin di bawah jagaan seorang guru bernama Voo Ooi Chung. Pengerusi Lembaga Sekolah pada masa itu ialah Encik Chee Shen Fong.

Oleh kerana tempat sekolah ini kurang sesuai dan sukar dimajukan, maka Lembaga Gereja telah berusaha mencari tempat baru. Dengan kerjasama semua ahli lembaga, mereka dapat membeli sebidang tanah kebun kelapa seluas 8 ekar untuk tapak baru sekolah.

Pada tahun 1943, sekolah baru siap dibina. Sekolah baru ini diberi nama Sekolah Lok Yuk. Pada mulanya sekolah ini menggunakan Bahasa Cina sebagai bahasa utama. Pada tahun 1964, semua mata pelajaran sekolah ini telah ditukar kepada aliran Bahasa Inggeris. Pada awal tahun 1970-an, sekolah ini menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa utama. Nama sekolah ini juga diubah kepada SRK LOK YUK TAMALANG sehingga hari ini.

Semenjak sekolah ini ditubuhkan, jawatan guru besar hanya disandang oleh guru-guru Cina sahaja, tetapi pada hujung tahun 1988,jawatan guru besardisandang
oleh Encik Stephen Yaranli sehingga tahun 1999. Beliau kemudiannya diganti oleh Puan Masnah Binti Padilah sehingga hari ini.

Pada tahun 1993, bangunan lama sekolah telah diganti dengan bangunan baru. Bilangan murid juga telah bertambah tidak kira Bangsa Melayu, Bajau, Dusun,Rungus,Cina, Sungai dan lain-lain. Dengan bertambahnya bilangan murid maka bilangan guru dan kakitangan yang berkhidmat di sekolah ini juga bertambah. Bilangan guru yang bertugas di sekolah ini sekarang adalah seramai 15 orang sahaja. Dan 2 orang pembantu am rendah.